- Fazia Nurhajar binti Rozlan (JIA160071)
Cerpen
“ Sang Lelaki dan Puaka “ merupakan sebuah cerita pendek yang ditulis oleh
Mohd. Hashim Osman. Cerpen ini merupakan sebuah cerpen yang menarik yang dapat
menarik minat pembaca dan membuat pembaca merasa tertanya – tanya .
Cerpen ini mengisahkan tentang penipuan
dan ketamakan seorang pemuda yang bernama Rawana yang telah 10 tahun
meninggalkan kampungnya dan kemudiannya kembali dalam keadaan luka yang parah
dan membawa pelbagai cerita yang aneh. Ketamakannya dalam mengejar kekayaan dunia
menyebabkan dia sanggup menipu seluruh penduduk kampung.
Oleh kerana dia merupakan bekas anak
murid seorang guru dikampungnya iaitu Sidang Jumari, maka penduduk kampung
memberi kepercayaan penuh pada setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
Akibat dari penipuannya penduduk kampung sedang menghadapi bahaya dan bencana
yang bakal menimpa mereka. Oleh kerana ketamakannya juga, seorang anak yang
cacat fizikal iaitu kudung kedua-dua belah tangan telah kehilangan ibu bapa
yang menjadi tempat dia bergantung kasih dan harapan.
Cerpen ini banyak memberi pengajaran
dan tauladan kepada kita. Antaranya ialah sikap tamak sehingga sanggup
membahayakan nyawa orang lain. Kita tidak seharusnya mempunyai sikap tamak dalam diri
kita sehingga membahayakan dan mencederakan orang disekeliling kita semata-mata
untuk memuaskan nafsu kita. Selain itu, sikap pentingkan diri sendiri. Kita
tidak seharusnya mementingkan diri sendiri semata-mata sehingga sanggup membuat
hidup orang lain merana dan hilang tempat bergantung hidup. Cerpen ini menyedarkan
kita bahawa kita sebagai manusia perlu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Supaya
kita tidak mudah diperbodohkan sewenang-wenangnya oleh seseorang dan supaya
kita tidak percaya bulat-bulat setiap patah yang keluar dari mulut seseorang
itu tanpa ada bukti serta usul periksa.
Cerpen
: Sang Lelaki dan Puaka
Karya
: Mohd. Hashim Osman
Sumber
: Dunia Penyair
https://penyair.wordpress.com/2015/02/27/sang-lelaki-dan-puaka-cerpen-sastera-melayu/
ulasan yang baik ! teruskan usaha dan mengulas lebih banyak cerpen lagi, keep it up !
ReplyDeleteWow menarik! 👌
ReplyDeleteWowww ulasan terbaik !
ReplyDeleteUlasan yang baik & menarik! 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteMantappp👍👍👍
ReplyDeleteulasan yang diberikan sangat jelas dan ayat yang digunakan mudah untuk difahami. teruskan mengulas
ReplyDeleteulasan yang mantap!
ReplyDelete