Saturday, 18 November 2017

CERPEN

Cinta Si Remaja 

- Sarah Deanna binti Saiful Yew (JIA160060)


Cerpen pada kali ini adalah dari Dhia Erryna yang berjudul Cinta Si Remaja. Plot permulaan apabila seorang pelajar baru bernama Airin Darwina masuk ke sekolah berasrama sewaktu di Tingkatan Empat. Sewaktu Airin memperkenalkan dirinya, Ikmal Hafiz melihatnya sambil tersenyum. Selepas itu mereka pernah terserempak beberapa kali namun tidak pernah bersuara, hanya berpandangan dan berbalas senyuman. Sehinggalah suatu hari mereka ditakdirkan untuk makan berdua di dewan makan.

Plot bertukar menjadi perkembangan apabila Airin menerima sepucuk surat daripada Ikmal yang mengajak Airin untuk bercinta dengannya. Seminggu selepas itu, Ikmal menerima surat balasan daripada Airin. Penulis menggambarkan bahawa mereka sudah mula mengenali antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kita dapat lihat bahawa mereka masih dapat mengawal diri dengan membahagikan masa antara bercinta dan pelajaran.

Perumitan berlaku apabila mereka sibuk hendak menduduki SPM, muncul orang berhati busuk yang ingin merampas kebahagiaan yang mereka miliki iaitu Zanita. Ini membuatkan Airin dan Ikmal berkata sepakat untuk memutuskan hubungan mereka walaupun sukar untuk mereka mengungkapkan ayat itu. Airin bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk SPM dan memulakan hidup yang baru. Selepas SPM dan pelajar mula beransur pulang untuk meninggalkan zaman persekolahan selama-lamanya, Airin dan Ikmal berselisih namun kedua-duanya kelu untuk berkata apa-apa. Penulis meleraikan cerita ini dengan memberitahu bahawa kedua-dua watak masih menyayangi antara satu sama lain.

Rumusan daripada cerpen ini adalah menerangkan mengapa remaja tidak digalakkan untuk bercinta adalah kerana remaja masih belum kuat untuk menghadapinya lagi. Akan tetapi, perkara ini sentiasa berlaku dan dikenali sebagai cinta seusia remaja ataupun cinta monyet. Namun, pengajaran yang dapat kita pelajari adalah pembelajaran haruslah diutamakan seperti yang dilakukan oleh watak utama. Sebagai pembaca, kita dapat lihat bahawa pengarang dapat menyusun dari satu ke satu plot dengan baik dan teratur. Ini memudahkan pembaca untuk memahami teks yang cuba disampaikan oleh pengarang. 

Cerpen : Cinta Si Remaja
Karya : Dia Erryna
Sumber : Penulisan2u


http://www.penulisan2u.my/cerpen-cinta-si-remaja/

6 comments:

  1. Ulasan yang sangat baik. Dapat memberi remaja cara pemikiran yang lebih matang.

    ReplyDelete
  2. ulasan yang baik, teruskan mengulas lebih banyak cerpen lagi :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ulasan yang sangat bagus dan mudah difahami.

    ReplyDelete

Wani Ardy, Ini Jodoh, Bodoh....

Sumber Video :  https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=8t6woQT8Tqk  Kau memang lucu. Kau pasti- manusia...