Thursday, 16 November 2017

SAJAK

PERADABAN DUNIA YANG SEMU

Seketika aku termenung di sini.
dari meja ilmuan, suara suara kami yang berdiam
dalam hiruk pikuknya dunia kini
Membina diri dari peradaban yang kekurangan

Aku seorang pemimpi yang menganggap semu itu
adalah semu yang nyata tapi tiada
dan teringat aku tentang sesuatu ibu ku bilang

Akak..
Ibu tak akan memberikanmu harta,
kerana ia bukan alat untuk ke akhirat nanti

Ibu tak akan memberikanmu tahta
kerana ia bukan titian untuk ke akhirat jua

Dan ibu tak akan memberikanmu mahkota
kerana ia bukan selimut ke akhirat

Ibu mampu berikan adalah ilmu untukmu
suatu masa nanti kala ibu sudah tiada

Aku yang seperti cerita sekawanan kupu-kupu,
ingin cuba mengetahui maksud ibu itu.
Satu kata utus untuk ku menyelidiki,
tetapi hati sekadar tepu tanpa memahami.
Seolah hanya pulang kembalikan cerita kosong 

Saat ini di hadapan ibu izinkan ku berbicara.
Walau suatu yang tak tentu hujungnya,
tapi ini harapanku walau hanya sepercik saja.
Namun setiap lantun dari kata ibu
sememangnya layak terucap buat ku di sini

Aku tahu setiap rintih ibu yang memang
selalu begitu, walau seperti batu di arus kali
tergelimpang tak tentu dengan keadaan.
Gundah hati ibu mengatakan sama.
Setiap senyum ibu bukan bererti akhir segala.

Kerana bagiku hidup bukan seperti batu
yang akan mengapung dengan ayunan air sungai
dan alampun pernah menghijau
dengan balutan air embunan salju mendingin

Tapi dengan apa yang harus aku percaya keadaan
dan serba ingin tahu saat mendakap kata ibu?
Semoga tetaplah ibu selalu ada di sampingku
menasihatiku selalu tentang peradaban dunia.
Agar aku tidak jauh tersasar dari jalan yang semu ..



Sajak ini ditulis oleh saya  dengan kerjasama "Lanun Malaya" (nama facebook ).

*posting dimuatnaik oleh Nur Balqis Shatila binti Muhamad, JIA160039*

11 comments:

  1. Sajak yang menyentuh sanubari... Keep going ya... Best baca...

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha murni anda memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita. Usaha anak muda yang patut dicontohi. Anda terbaik!!!

    ReplyDelete
  3. Penceritaan sebenar. Tahniah.

    Nora bagi five star

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik.teruskan usaha mu wahai anak muda.

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik.teruskan usaha mu wahai anak muda.

    ReplyDelete
  6. Baguss banget aku jadi terharu, kamu bikin aku nambah sayang ibuku, sangat menginspirasi. Trimakasih

    ReplyDelete
  7. Sangat menyentuh hati. Keep it up the good work! πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  8. sebuah sajak yang sangat bagus. dapat membuat pembaca bermuhasabah diri setelah membaca dan menghayati sajak ini. syabas!

    ReplyDelete
  9. Nice!!! Teruskan lagi😘

    ReplyDelete

Wani Ardy, Ini Jodoh, Bodoh....

Sumber Video :  https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=8t6woQT8Tqk  Kau memang lucu. Kau pasti- manusia...