Thursday, 16 November 2017

PUISI TRADISIONAL (PANTUN)

Pantun Empat Kerat – Budi




OLEH : AINI FAZEERA BINTI NASRI (JIA160006)

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup atas dunia,
Buat baik taburkan budi.

Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa, 
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan budi baik bahasa.


Harun Mat Piah ( penyelenggara )
Puisi Melayu Tradisional : nasihat dan pengajaran,2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://shamarsetia.blogspot.my/2012/04/pantun-dan-maksud.html 

*Pantun pada video diatas telah dibacakan sendiri oleh saya Aini Fazeera Binti Nasri


Maksud/tema

Berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa

Rangkap 2
Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati.

Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.

Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.


PANDANGAN :

Pada pendapat saya, pantun ini amat memberikan kesan yang baik serta positif  kepada semua orang yang membaca dan mendengarnya. Maksud yang ingin disampaikan juga amat jelas ,tidak tersirat dan mudah difahami. 

16 comments:

  1. Adik melintas di jalan raya,
    Teruskan usaha moga berjaya. =)

    ReplyDelete
  2. Semoga terus memartabatkan bahasa ibunda kita!

    ReplyDelete
  3. Menabur budi tiap insan tidak kira usia dan agama termasuk juga kepada ibu bapa. Hidup saling berbudi bahasa menghidupkan keharmonian negara bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

    Pantun yang indah pembayangnya, telus pula maksudnya. Syabas! Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  4. Woww! Keep it up zeera πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Teruskan usaha ! Pendekatan melalui sastera yang amat baik

    ReplyDelete
  7. wah!! gaya anda berpantun sangat hebat dan maksudnya juga sangat jelas

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah pantun. πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  9. Well done. Teruskan usaha! πŸ‘πŸ»πŸ˜Š

    ReplyDelete
  10. WOWWW ADA MAKSUD YANG BERMAKNA !

    ReplyDelete
  11. Wahh sedap zeera baca pantunnn. Blog pun cantik dan menarikkπŸ˜πŸ‘

    ReplyDelete
  12. Susunan rima yang baik dan jelas. Teruskan bekarya !

    ReplyDelete
  13. Good job! Teruskan untuk terbang lebih tinggi πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Wani Ardy, Ini Jodoh, Bodoh....

Sumber Video :  https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=8t6woQT8Tqk  Kau memang lucu. Kau pasti- manusia...