Pantun Empat Kerat – Budi
OLEH : AINI FAZEERA BINTI NASRI (JIA160006)
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan budi baik bahasa.
Harun Mat Piah ( penyelenggara )
Puisi Melayu Tradisional : nasihat dan pengajaran,2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://shamarsetia.blogspot.my/2012/04/pantun-dan-maksud.html
*Pantun pada video diatas telah dibacakan sendiri oleh saya Aini Fazeera Binti Nasri
Maksud/tema
Berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.
Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa
Rangkap 2
Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati.
Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.
Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.
Pada pendapat saya, pantun ini amat memberikan kesan yang baik serta positif kepada semua orang yang membaca dan mendengarnya. Maksud yang ingin disampaikan juga amat jelas ,tidak tersirat dan mudah difahami.
keep it up !
ReplyDeleteAdik melintas di jalan raya,
ReplyDeleteTeruskan usaha moga berjaya. =)
Semoga terus memartabatkan bahasa ibunda kita!
ReplyDeleteilmu tambahan....bagus
ReplyDeleteMenabur budi tiap insan tidak kira usia dan agama termasuk juga kepada ibu bapa. Hidup saling berbudi bahasa menghidupkan keharmonian negara bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
ReplyDeletePantun yang indah pembayangnya, telus pula maksudnya. Syabas! Teruskan usaha.
Woww! Keep it up zeera ππΌππΌ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeruskan usaha ! Pendekatan melalui sastera yang amat baik
ReplyDeletewah!! gaya anda berpantun sangat hebat dan maksudnya juga sangat jelas
ReplyDeleteTerbaiklah pantun. ππ»
ReplyDeleteWell done. Teruskan usaha! ππ»π
ReplyDeleteWOWWW ADA MAKSUD YANG BERMAKNA !
ReplyDeletePerghh terbaik!! π
ReplyDeleteWahh sedap zeera baca pantunnn. Blog pun cantik dan menarikkππ
ReplyDeleteSusunan rima yang baik dan jelas. Teruskan bekarya !
ReplyDeleteGood job! Teruskan untuk terbang lebih tinggi ππππ
ReplyDelete